Hot FM

Lebih 1,000 tan sisa pepejal pasca banjir di N9



Perabot, pakaian dan peralatan elektrik merupakan sisa pepejal pasca banjir yang diuruskan di empat daerah di Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menguruskan 1,151 tan sisa pepejal pasca banjir di empat daerah di negeri ini bermula 20 Dis hingga kelmarin.

Pengarahnya Mohd Zahir Shari berkata daripada jumlah itu, 427 tan diuruskan di Seremban, Port Dickson (371 tan), Jelebu (309 tan) dan Rembau (44 tan) membabitkan perabot, pakaian dan peralatan elektrik.

“Kerja pembersihan dijangka mengambil masa agak lama terutama di kawasan pedalaman di Jelebu yang terjejas teruk. Bagi kawasan perkhidmatan SWM Environment Sdn Bhd, kerja kutipan sisa banjir di daerah terjejas telah selesai dan tumpuan diberikan untuk pembersihan longkang yang dipenuhi lumpur dan tanah.

“Sisa berkenaan akan dihantar ke tapak pelupusan sampah domestik manakala sisa elektronik atau berjadual diuruskan Kualiti Alam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version