
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM933.9 juta jumlah keseluruhan tunggakan belum dibayar peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sejak ditubuhkan pada 2000.
Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, Rajiv Rishyakaran berkata seramai 115,780 akaun peminjam didapati gagal membuat bayaran balik.
Menurutnya, daripada 380,000 peminjam PTPK, sebanyak 97,000 membayar mengikut jadual dan selebihnya mempunyai tunggakan.
“Tindakan penguatkuasaan turut dilakukan dengan memberi notis peringatan.
“Sekiranya pemain tidak melayan notis tersebut, tindakan bawa ke mahkamah akan dilakukan,” katanya pada sidang media.
Sementara itu, Rajiv berkata, PTPK meletakkan sasaran kutipan bayaran balik latihan kemahiran sebanyak RM415 juta tahun ini.
Bagaimanapun, sehingga ini jumlah bayaran balik yang diterima tidak sampai separuh daripada jumlah sasaran itu.
Rajiv berkata, bagi…