Menerusi video yang dimuat naik oleh @nr.ainaznir, kelihatan dia dan kawan perempuannya sedang berhenti di sebuah parking lot.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka cuba mengenakan kawan lelaki mereka di kereta sebelah dengan menurunkan tingkap kononnya ingin berborak.
Namun sebaik saja kawan lelaki mereka itu menurunkan tingkap, gadis tersebut spontan menaikkan semula tingkapnya dan berdekah melihat reaksi muka kawan lelaki mereka di sebelah yang seolah-olah menahan malu…