
IPOH: Sebanyak 14,619 lepasan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) diserap ke dalam perkhidmatan sejak 2018 hingga Jun tahun ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, ILKKM juga penyumbang terbesar anggota kesihatan terlatih di negara ini.
“Sebanyak 19 institusi latihan bawah KKM di seluruh Malaysia menawarkan sebanyak 64 program Paramedik dan Auksilari Kesihatan, iaitu 13 Program Pra-Perkhidmatan, satu Program Diploma Kejururawatan (Peralihan) dan 50 program di peringkat Diploma Lanjutan dan Sijil Pos Basik.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 38 program latihan dalam bidang kepakaran khusus ditawarkan di ILKKM dan tidak ditawarkan di mana-mana pusat pengajian lain di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sesi pertama…