Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 14,000 mangsa banjir dipindah, Pahang tertinggi

today19 December 2021

Background



(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,189 orang pagi tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh daerah di Pahang iaitu Raub, Lipis, Bentong, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan dilanda banjir dengan 116 PPS dibuka setakat 9 pagi.

Banjir turut menyebabkan laluan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ditutup di kedua-dua hala membabitkan Kilometer (KM) 113.4, KM84.6, KM198.7 dan KM74.4 setelah dinaiki air manakala hanya kenderaan berat dibenarkan melalui KM75.1.

Pemegang konsesi lebuh raya itu, ANIH Bhd memaklumkan KM66.4 hingga KM66.1 arah ke Kuala Lumpur juga masih ditutup bagi kerja pembersihan akibat banjir lumpur, selain kejadian tanah runtuh menyebabkan KM67.8 dan KM69.5 ditutup bagi semua kenderaan untuk laluan ke ibu negara.

Hujan berterusan juga menyebabkan bacaan di 19 stesen sungai di Pahang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post