Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 17% kes baharu di Sabah babit kanak-kanak belum layak divaksin, kata Masidi

today4 January 2022

Background



Sekitar 70% daripada kes-kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Sejumlah 17.4% daripada 258 kes baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, membabitkan kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun.

Katanya, situasi berkenaan membuktikan bahawa ibu bapa lengkap divaksin masih berisiko menjadi pembawa virus kepada anak-anak mereka di rumah.

“Adalah diperhatikan bahawa sekitar 70% daripada kes-kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin.

“Ia memberi gambaran seolah olah ramai daripada mereka ini beranggapan mereka sudah kebal daripada jangkitan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, beliau yang juga jurucakap harian Covid-19 Sabah, berkata jumlah kes baharu direkodkan di negeri ini, hari ini, meningkat sebanyak 97 kes kepada 258 kes, berbanding 161…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Willie Jude


Previous post

Sukan

Tak Cukup Kompetitif, FIFA Cadang Saingan Liga Malaysia Dijalankan Secara Tiga Pusingan

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendapati pemain tempatan di Malaysia kekurangan perlawanan kompetitif dalam saingan domestik. Perkembangan itu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendapati pemain tempatan di Malaysia kekurangan perlawanan kompetitif dalam saingan domestik. Perkembangan itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar melalui laporan dalam Bernama hari ini.

today4 January 2022