
SHAH ALAM: Sebanyak 175,909 saman aktif membabitkan kenderaan komersial barangan masih belum dilunaskan sejak 2018, kata Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lokman Jamaan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.
Katanya, jumlah itu juga menunjukkan ketirisan kepada pematuhan undang-undang jalan raya dan JPJ akan memastikan agar pihak terbabit dapat menyelesaikan saman-saman ini supaya pemutihan dapat dilaksanakan kepada pemandu dan syarikat.
“Apabila saman dikeluarkan kita telah memberi tempoh tertentu untuk mereka menyelesaikan, namun mereka masih gagal melaksanakannya.
“Justeru operasi yang bermula awal hingga akhir bulan ini adalah tindakan susulan oleh JPJ untuk mengingatkan…