Hot FM

Lebih 200 bendera PH dicabut di Ayer Hitam, dibuang ke parit



Calon PH Parlimen Ayer Hitam Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, para petugas yang memacak bendera menyedari kejadian itu sekitar 8 pagi semalam. (Gambar Facebook)

KLUANG: Lebih 200 bendera Pakatan Harapan (PH) yang dipasang di sepanjang laluan Kampung Parit Kuari dekat Ayer Hitam di sini dicabut dan dibuang ke dalam parit, dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Calon PH bagi Parlimen Ayer Hitam Sheikh Umar Bagharib Ali menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, para petugas yang memacak bendera menyedari kejadian itu sekitar 8 pagi semalam selepas enam jam dipasang.

“Kami amat kecewa terhadap sikap politik samseng sebegini dan mengutuk mana-mana pihak yang menggunakan taktik kotor serta tidak bertamadun dalam pilihan raya.

“Sikap ini mencalarkan demokrasi yang membenarkan parti-parti politik berkempen secara sihat dan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga pihak berkuasa,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version