Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 200 doktor tolak penempatan di Sarawak, kata timbalan menteri

today18 July 2023

Background


Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni menggesa kumpulan doktor itu menerima penempatan di Sarawak kerana negeri itu tidak kekurangan pegawai perubatan dan kemudahan kesihatan. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Lebih 200 doktor gagal melapor diri atau menolak jawatan kontrak untuk berkhidmat di Sarawak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Menurut The Borneo Post, Lukanisman berkata, doktor itu antara 800 yang ditawarkan jawatan kontrak oleh Kementerian Kesihatan.

“Saya meminta lebih 200 doktor ini yang ditawarkan jawatan kontrak untuk menerima tawaran atau melapor diri untuk bertugas di lokasi yang ditetapkan di Sarawak,” katanya.

Katanya, umum mengetahui bahawa Sarawak tidak mempunyai jumlah pegawai perubatan dan kemudahan kesihatan yang mencukupi.

Pada bulan lalu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata terdapat aduan daripada doktor junior mengenai kesukaran untuk mengakses portal eHouseman (eHO) dan sistemnya yang sering tergendala hingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post