Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 2,000 bekas pengikut GISBH sukarela jalani pemulihan Mais, Jais

today8 February 2025

Background


Abdul Aziz Mohd Yusof
Pengerusi Mais Abdul Aziz Mohd Yusof berharap masyarakat dapat menerima bekas pengikut GISBH secara positif selepas mereka tamat program pemulihan selama dua tahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 731 orang dewasa dan 1,345 kanak-kanak terkait GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bersetuju mengikuti program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Semua individu secara sukarela ingin menyertai Program Insan Rabbani turut didaftarkan sebagai asnaf Riqab.

Pengerusi Mais, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata program selama dua tahun itu akan bermula 15 Feb ini dalam empat fasa, iaitu pemulihan (enam bulan), pemantapan serta pengukuhan (enam bulan) dan kemudian dipantau menerusi fasa pasca pemulihan, pemantauan serta khidmat sokongan.

Menurutnya, proses pemulihan menggunakan Modul Istitabah untuk peringkat dewasa dan Modul Pendidikan Islam Insani buat kanak-kanak.

“Di peringkat kerajaan negeri dan agensi, kita sangat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post