
PETALING JAYA: Sebanyak 208,377 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif dos penggalak diberikan kepada populasi itu sebanyak 11,119,363 atau 47.5%.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 22,918,854 atau 97.9% daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi, manakala 23,196,650 individu atau 99.1% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,783,457 individu atau 88.4% telah lengkap vaksinasi, manakala 2,865,416 individu atau 91% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Statistik harian menunjukkan sejumlah 213,226 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 2,169 dos pertama dan 2,680 dos kedua, menjadikan jumlah…