

Seramai 22,166 pendatang tanpa izin (Pati) ditempatkan di 20 depot tahanan imigresen di seluruh negara setakat 30 Jun, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin berkata, jumlah itu termasuk dua depot imigresen sementara, yang kebanyakannya menempatkan tahanan lelaki dengan 17,872 orang (81%), manakala selebihnya 4,294 wanita (19%).
Jumlah itu meningkat dengan ketara berbanding setahun lalu apabila seramai 17,896 Pati ditahan setakat 6 Julai 2025.
Dalam jawapan bertBulis di Parlimen, Saifuddin berkata, warga Myanmar paling ramai ditahan iaitu 11,194 orang, diikuti warga Filipina (5,200), Indonesia (3,247), Bangladesh (1,133), Thailand (277), India (250) dan Pakistan (193).
Turut ditahan ialah 174 warga China, 85 warga Vietnam, 76 warga Nepal, 49 warga Kemboja dan…