
PETALING JAYA: Lebih 230,000 orang hadir sepanjang tiga hari Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berakhir hari ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), menurut sekretariat penganjur.
Jumlah kehadiran pada program yang menghimpunkan 102 perkhidmatan melibatkan 36 reruai kaunter di lokasi strategik itu menunjukkan ia berjaya mencapai matlamat mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan, lapor Bernama.
Genap setahun pentadbiran kerajaan perpaduan, penganjuran program berkenaan tepat pada masanya kerana memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi setiap kementerian dan mengutarakan cadangan penambahbaikan.
Pendekatan program sebegini yang menghimpunkan semua kementerian “di bawah satu bumbung” dapat menjimatkan masa orang ramai untuk mendapatkan…