Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said berkata, sebanyak 5,519 kes dilaporkan dari 2018 hingga Januari lalu.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,713 kes di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) diselesaikan sejak 2018 hingga Januari lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 5,519 kes dilaporkan dan 3,060 kes sudah dituduh di mahkamah.
Justeru, beliau berkata, penggubalan akta itu adalah langkah baik dalam membantu polis menjalankan siasatan dan pihak pendakwaan merangka pertuduhan khusus di bawah akta itu berbanding undang-undang jenayah am yang terpakai kepada orang dewasa seperti Kanun Keseksaan.
“Ini kerana, sering kali kes…