
KUALA LUMPUR: Sebanyak 454,194 individu atau 12.8% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,924,411 atau 59.2% populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19 dan seramai 22,943,785 atau 97.5% lengkap vaksinasi manakala 23,220,757 atau 98.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,646 individu atau 89.9% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,883,444 atau 92.6% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 151,156 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 72,991 suntikan dos pertama, 648 suntikan dos…