Hot FM

Lebih 500 bas diperiksa menjelang operasi Aidilfitri


Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata pemeriksaan tumpu aspek teknikal seperti enjin, tayar, dan sistem brek. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Lebih 500 bas ekspres diperiksa dalam pra-Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang diadakan bermula 17 Mac hingga hari ini.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata pemeriksaan dilaksanakan terhadap kenderaan perkhidmatan awam itu melibatkan aspek teknikal di terminal dan depoh bas di seluruh negara.

Beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil langkah proaktif melaksanakan operasi itu sebelum Operasi HRA 2025 yang akan bermula esok hingga 8 April ini.

“Pra-Operasi HRA ini dilakukan dengan memeriksa kenderaan perkhidmatan awam (bas) iaitu melibatkan aspek teknikal di terminal dan depoh bas di seluruh negara antaranya pemeriksaan enjin, tayar, dan sistem brek.

“Menerusi operasi ini, JPJ telah mengesan 11 bas didapati tidak ‘roadworthy’ (tidak selamat di jalan raya) dan notis larangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version