
KUALA LUMPUR: Sebanyak 519.36 tan metrik atau 51,936 kampit beras putih tempatan (BPT) diagihkan setakat semalam menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan, sebagai langkah jangka pendek untuk mengawal isu kekurangan bekalan beras dalam pasaran.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam kenyataan memaklumkan pengedaran BPT LPP dilaksanakan melalui penglibatan bersama Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan yang berpotensi di seluruh Malaysia.
“Pengagihan itu melibatkan sebanyak 103 Pertubuhan Peladang (PP) melalui outlet-outlet pemasaran PP seperti Peladang Outlet, Agrobazar PP, dan Kedai Peladang.
“Pada 2023, sebanyak 2,101 tan metrik (210,100 kampit) BPT dibuat edaran dengan nilai kos belian RM5,357,550,” menurut kenyataan itu.
LPP turut memaklumkan sebanyak 34 program Jualan Agro Madani (JAM) dilaksanakan setakat semalam dengan nilai…