Menteri undang-undang dan reformasi institusi berkata daripada jumlah itu sebanyak 33,639 pertuduhan direkodkan bagi kes berkenaan.

PETALING JAYA: Sebanyak 50,128 tangkapan melibatkan jenayah penipuan dalam talian berjaya dilakukan pihak berkuasa dari 2018 hingga 30 April tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata daripada jumlah itu sebanyak 33,639 pertuduhan direkodkan bagi kes berkenaan pada tempoh sama.
“Polis membuka 3,595 kertas siasatan bagi kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 33 kertas siasatan bagi pengubahan wang haram.
“Tiada kertas siasatan ditutup,” katanya dalam jawapan lisan kepada soalan Wong Chen (PH-Subang) berhubung tahap keberkesanan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam menangani isu penipuan kewangan dalam talian.
Beliau berkata, sejak NSRC ditubuhkan…
