
PETALING JAYA: Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengenal pasti lebih 6,000 “hotspot” banjir, tanah runtuh dan kepala air di seluruh negara.
Ketua Pesuruhjayanya, Aminurrahim Mohamed berkata lokasi bencana dikenal pasti berdasarkan trend dalam tempoh tiga tahun.
Menurutnya, maklumat bencana diambil daripada jabatan teknikal untuk digabung dan dikumpul bagi mengenal pasti lokasi bencana yang perlu diberikan perhatian.
“Pada masa sama, pihak kami juga akan menjalin kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) serta agensi lain bagi memberi fokus kepada kawasan hotspot dikenal pasti itu.
“Kawasan ini akan diberi perhatian termasuk melaksanakan…