Site icon Hot FM

Lebih 92,000 ditahan berkait dadah tahun ini


Daripada jumlah itu, seramai 287 daripada individu yang ditahan adalah penjawat awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din berkata pada tahun ini sebanyak 185 sindiket dadah ditumpaskan dengan lapan buah makmal dadah dibongkar melibatkan tangkapan enam ahli kimia. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seramai 92,257 individu termasuk 287 penjawat awam ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah.

Pengarah JSJN Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu 298 individu termasuk empat penjawat awam ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Beliau berkata selebihnya ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 serta Akta Penagih Dadah (R&P) 1983, dan 38,064 kertas siasatan telah dibuka dengan 35,058 kes telah dituduh di mahkamah.

“Dalam tempoh itu juga 185 sindiket dadah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version