
PETALING JAYA: Membaiki struktur pasaran kerja lebih berkesan berbanding campur tangan dalam ekonomi gig, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Dalam episod audio siar “Yang Bakar Menteri”, Rafizi berkata fokus kerajaan pada soal gaji, peningkatan kemahiran, dan mewujudkan pekerjaan lebih berkesan berbanding ‘bergelut’ dengan satu atau dua syarikat dalam sektor gig.
“Sebab itu soal gaji, soal meningkatkan kemahiran, soal mewujudkan kerja itu sangat penting kerana kita perlu mengimbangkan semula tawaran dan permintaan dalam pasaran,” katanya.
Menurutnya, ini supaya graduan dapat mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan.
Rafizi dan pakar ekonomi, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak, membincangkan trend golongan muda mencari kerja dalam sektor tidak formal.
Katanya, walaupun mereka yang memilih ekonomi gig tidak boleh disalahkan kerana berkecimpung dengan…