Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) baru-baru ini telah memperkenalkan inisiatif baharu bagi memastikan tahap keselamatan serta pematuhan undang-undang pengguna jalan raya dapat dipertingkatkan.
Anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ telah dilengkapi dengan kaedah baharu iaitu sebuah alat perakam video mudah alih berteknologi tinggi bagi merakam kesalahan pengguna di jalan raya.
Menurut laporan terbitan Kosmo, alat tersebut akan diletakkan pada bahagian atas topi…