Pengeluar kereta nasional, Proton kini secara rasmi melancarkan S70 dari barisan pengeluarannya di Tanjung Malim. Proton S70 adalah model sedan baharu yang pertama ditambah ke barisan model Proton sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.
Ini adalah model baharu kedua yang ditawarkan pada tahun 2023 dan sebelum pelancaran rasmi, pratinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih…