
Calon Pakatan Harapan (PH) di DUN Puteri Wangsa Maszlee Malik menggesa rakyat Johor untuk keluar mengundi beramai-ramai pada Sabtu ini kerana menurutnya, peratusan keluar mengundi yang tinggi akan memberikan mandat yang lebih kukuh kepada kerajaan negeri baharu.
Bercakap pada sesi dialog langsung PRN Johor anjuran RTM, Astro Awani dan Sinar Harian hari ini, Maszlee berkata, peratusan keluar mengundi antara 80 hingga 90% akan lebih mencerminkan mandat sebenar rakyat.
“Dalam sistem demokrasi, satu undi amat bernilai. Undi mencerminkan mandat rakyat. Semakin ramai keluar mengundi, semakin kukuh mandat tersebut,” katanya.
Maszlee berkata, beliau tidak merujuk kepada mana-mana parti politik, namun menegaskan bahawa peratusan mengundi yang lebih tinggi akan memberi kelebihan kepada mereka yang berkhidmat untuk rakyat dengan penuh integriti.
“Jika hanya…