Kumpulan perniagaan mencadangkan tiga kaedah untuk kerajaan membantu syarikat mengurangkan kos membayar cuti bersalin 98 hari.
PETALING JAYA: Dewan perniagaan menggesa kerajaan membantu mengurangkan kos lanjutan cuti bersalin selepas tinjauan menunjukkan lebih ramai lelaki diambil bekerja sejak cuti bersalin bergaji dilanjutkan kepada 98 hari tahun lalu.
Tinjauan mendapati 41.3% ahli perniagaan ditinjau berkata, mereka mengambil lebih ramai pekerja lelaki.
“Peralihan nisbah pekerjaan lelaki kepada wanita lebih tinggi “adalah untuk mengurangkan kesan daripada cuti bersalin yang lebih tinggi”, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia.
Mereka menggesa kerajaan mengurangkan kos lanjutan cuti bersalin yang ditanggung oleh syarikat.
Ini mungkin diperturunkan melalui Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) atau Sistem Insurans Pekerjaan,…