Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih RM1 juta disalur untuk sekolah mubaligh di Sibu, Sarikei

today1 September 2024

Background


Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Stephen Rundi Utom berkata 60 hektar tanah diperlukan untuk perkuburan baharu lebih besar bagi komuniti Kristian. (Gambar Facebook)

SIBU: Sarawak menyalurkan peruntukan berjumlah lebih RM1.1 juta untuk membiayai kos penyelenggaraan enam sekolah mubaligh di bahagian Sibu dan Sarikei.

Peruntukan itu yang disalurkan melalui Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) bawah Jabatan Premier Sarawak, disampaikan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Stephen Rundi Utom.

Daripada peruntukan itu SJK Methodist (M) Sibu menerima paling banyak iaitu RM300,000 diikuti SMK Tong Hua, Meradong (RM200,000); SK Methodist Anglo-Chinese, Sarikei (RM176,361); SJK(C) Su Kwong, Sarikei (RM150,000); SJK(C) Tong Hua, Meradong (RM150,000); dan SMK Methodist, Sibu (RM125,999).

Rundi berkata, Unifor bukan bukan sahaja memberi bantuan bagi pembangunan fizikal institusi agama bukan Islam termasuk gereja dan permohonan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post