Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Lebih Tenang Lepas Berdamai Dengan Bekas Isteri” – Jay Iswazir

today6 February 2025

Background

Pelakon, Jay Iswazir mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas membuat keputusan untuk berdamai dengan bekas isterinya, aktres Azzahra Ahmad.

Ketika ditemui XTRA, Jay atau nama lengkapnya Ahmad Iswazir, 43, meluahkan rasa lega apabila kemelut rumah tangganya selesai dengan baik tanpa ada konflik berlanjutan.

“Saya percaya bila kita minta maaf dan memaafkan orang lain saya rasa ketenangan. Kami saling mendoakan, akhirnya saya rsa sangat lega walaupun benda itu pahit dan tak seronok untuk ditelan. Itulah pelajaran hidup saya,” katanya.

Sementara itu, menjawab persoalan sama ada perdamaian itu akan memberi sinar untuk mereka kembali rujuk sebagai suami isteri, Jay berkata dia tidak memikirkan perkara itu kerana mahu memberi tumpuan kepada proses damai.

Jay berkata demikian ketika ditemui di malam gala filem Dajal yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur.

“Ya kami berdamai untuk menutup kes tersebut sebab bagi saya hal peribadi kedua-duanya melakukan salah apabila dikongsikan di media sosial tak boleh nak salahkan orang untuk berkata apa-apa.

“Soal rujuk, saya tak nak fikir sebab perkara itu terlalu kedepan dan ketika ini saya lebih kepada kami dah berdamai dan masing-masing tenang hati, selebihnya saya serah kepada Allah swt.

Sebelum ini, Azzahra menulis nukilan terakhir istimewa untuk bekas suaminya selepas selesai tamat idah pada 29 Januari lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Azzahra berkata dia melepaskan segala kenangan dan momen yang pernah berlaku sepanjang mereka bergelar suami isteri pada Mac 2022.

Terdahulu, Azzahra mendakwa kisah rumah tangganya bersama Jay Iswazir penuh dengan penderitaan sepanjang dua tahun bergelar isteri aktor itu.

Sekadar info, Azzahra dan Jay berkahwin pada Mac 2022 namun mereka disahkan berpisah pada 28 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: Dah Habis Idah, Jay Iswazir & Bekas Isteri Berdamai Dengan Takdir… Luahan Terakhir Azzahra Ahmad Menyentuh Hati

Artikel Berkaitan: Dakwa Jay Iswazir Suami Psiko, Paksa Gugurkan Kandungan… Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita?

Artikel Berkaitan: “Kesakitan Ini Tak Mampu Lagi Untuk Saya Tanggung Sendirian” – Perkahwinan Dengan Jay Iswazir Terlerai Selepas 2 Tahun, Rakan Artis & Peminat Banjiri Ruangan Komen Azzahra Ahmad

Written by: Aqilah


Previous post