Site icon Hot FM

Lebih tepat banding tangkapan ‘pakcik’ hina Sanusi, jawab Fahmi


Fahmi Fadzil membidas pihak menyamakan penahanan Sanusi Nor dengan tangkapan terhadap Anwar Ibrahim pada 1998.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil membidas pengkritik yang cuba menyamakan penahanan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dengan tindakan sama terhadap Anwar Ibrahim pada zaman reformasi 1998.

Fahmi berkata perbandingan lebih tepat dengan penahanan Sanusi pada jam 3 pagi sebelum dituduh di Mahkamah Selayang semalam sepatutnya dibuat membabitkan tangkapan seorang lelaki berusia 61 tahun kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pemimpin PAS itu pada 2021.

“Ada seorang pakcik yang ditahan 3 atau 4 pagi kerana didakwa menghina Sanusi, saya rasa itu mungkin satu perbandingan tepat.

“Ambil pengajaran dan jangan sesekali menghina institusi raja, jangan cuba lagakan rakyat dan raja…ini batas yang tidak boleh kita lepasi,” katanya ditemui selepas sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan.

Mengikut laporan media pada 9 Ogos 2021, lelaki berusia ditahan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version