Perkongsian terbaharu di Instagram milik pemain badminton perseorangan negara, Lee Zi Jia menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik beberapa foto ilustrasi aneh.
Artikel Berkaitan: Logo Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Baju Lee Zi Jia, Penaja Tampil Mohon Maaf – ‘Kami Tidak Sengaja’
Artikel Berkaitan: Lee Zii Jia Mohon Maaf Tewas Awal Di Kejohanan Daihatsu Japan Open 2024 – ‘Fizikal Saya Masih Lemah Baru Pulang Olimpik’
Kenapa dengan Zi Jia?

Menerusi hantaran itu, antara foto ilustrasi yang dikongsikan Zi Jia adalah gambar wajah terbakar, muka yang dicucuk jarum dan jasad individu terbaring di atas sofa dengan darah mengalir.
Antara foto lain, suasana sekeliling yang gelap, sosok lembaga berwarna hitam dan foto seakan minda seseorang yang kosong.
Begitu pun, pemain berusia 27 tahun itu tidak meletakkan sebarang kapsyen pada perkongsian berkenaan.
Lebih mencurigakan apabila ‘display picture’ atau DP Instagram Zi Jia juga…