Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lega Muka Tidak Bengkak, Lana Nordin Kongsi Keadaan Selepas Jalani Pembedahan Hidung Di Korea

today26 October 2022

Background

Tidak dapat dinafikan bahawa para wanita sangat mementingkan kecantikan terutama sekali selebriti yang mahu sentiasa kekal cantik agar dapat menarik perhatian peminat.

Terbaharu, Lana Nordin telah berkongsi sebuah video di Instagram miliknya memaparkan keadaan dirinya selepas 15 hari melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya di Seoul, Korea.

https://youtube.com/shorts/sitYoflVE0M?feature=share

Menerusi video yang telah dipadam dan dimuat naik oleh pengguna YouTube itu, Lana yang tidak segan berkongsi keadaan dirinya itu mengatakan tidak mengalami sebarang kesan sampingan malah bengkak di mukanya sudah surut.

Tambahnya, dia akan membuka balutan di hidungnya dalam masa tujuh hari lagi jika tiada implikasi lain.

Sebelum ini, orang ramai pernah mendakwa Lana Nordin menjalani pembedahan pada hidungnya tetapi dia menegaskan bahawa ianya hanyalah prosedur rhinoplasty dimana memasukkan plastik secara berkala di hidungnya selepas batang hidungnya patah ketika di bangku sekolah.

Written by: Mimieyuzi


Previous post