Antara pencapaiannya, K Thanabalasingam bertanggungjawab mereka bentuk panji-panji TLDM yang masih digunakan hingga kini.

PETALING JAYA: K Thanabalasingam bukan saja merupakan panglima pertama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malah beliau juga sinonim sebagai pelopor kerana mereka bentuk panji pasukan itu yang terus berkibar gagah hingga hari ini.
Ketika mengambil alih jawatan panglima TLDM pada 1967, beliau yang lebih mesra dipanggil Thana, merasakan panji rekaan British dengan salib St George tidak sesuai untuk Malaysia yang sudah merdeka.
Setahun kemudian, beliau tampil dengan panji baharu yang lebih mencerminkan Malaysia.
“Saya tidak mahu ada unsur keagamaan pada panji itu,” katanya kepada FMT dalam temu bual sempena Hari TLDM hari ini.

Namun, lelaki berpewatakan sederhana yang berusia 87 tahun itu tidak mahu mengambil semua kredit…