Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Legenda bola sepak negara, M Kuppan sudah tiada

today30 December 2021

Background



Kartunis Azmi Hussin menyiapkan mural di Stadium Bandaraya memaparkan M Kuppan dan Namat Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.

PETALING JAYA: Legenda bola sepak serta bekas jurulatih negara, M Kuppan menghembus nafas terakhir di kediaman adiknya di Bandar Sri Damansara, di sini, petang tadi.

Mendiang meninggal dunia pada usia 84 tahun selepas mengalami pelbagai komplikasi selain tidak mampu berjalan.

Menurut adik bongsunya Kihsaven, 66, abangnya tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.

Katanya, baru-baru ini, mendiang dimasukkan ke Hospital Selayang selama lima hari selepas keadaan sangat lemah.

“Abang mengalami strok ringan beberapa hari lalu dan tidak boleh bangun. Sepanjang hayatnya, saya mengikutinya dalam semua perlawanan dengan menaiki motosikal Honda Cub.

“Sewaktu bersama abang, saya bertemu Mokhtar Dahari dan pemain bola sepak Malaysia yang lain. Saya sangat menyayanginya dan akan merinduinya,” katanya kepada FMT.

Kuppan pernah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post