Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki ada 9 rekod jenayah ditahan selepas meragut

today8 February 2024

Background


Polis berkata suspek yang diberkas selepas meragut wanita di Jalan Tun Ahmad Zaidi Edruce, Kuching, akan direman esok.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah ditahan selepas meragut wanita di kawasan tempat letak kereta Jalan Tun Ahmad Zaidi Edruce, Kuching, hari ini.

Ketua Polis Kuching, Ahsmon Bajah, berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) IPK Sarawak selepas mendapat maklumat di tempat kejadian.

“Turut dirampas sebuah motosikal dan serangkai kunci motosikal serta barangan peribadi milik mangsa yang disamun (ragut) suspek ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Ahsmon berkata, selain mempunyai sembilan rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan, lelaki berkenaan juga terlibat penyalahgunaan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda. Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Kuching, esok,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post