Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki asing maki polis di TikTok ditahan

today29 October 2024

Background


handcuff
Polis mengesan video TikTok berdurasi 45 saat dimuat naik melalui akaun ‘theintheinzaw403’, untuk memburukkan pasukan keselamatan itu dan mendapat 160,000 tontonan pada 5 petang semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun polis menerusi satu hantaran TikTok.

Ketua Polis Ampang, Mohd Azam Ismail, berkata lelaki berusia 30-an itu diberkas berhampiran Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya, Ampang, kira-kira 7 malam semalam, dua jam selepas dikesan membuat hantaran berkenaan.

Beliau berkata, polis mengesan video TikTok berdurasi 45 saat dimuat naik melalui akaun ‘theintheinzaw403’, untuk memburukkan polis dan mendapat 160,000 tontonan pada 5 petang semalam.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, perintah reman selama empat hari hingga 1 Nov ini diperoleh pihaknya ke atas lelaki itu untuk siasatan lanjut bawah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post