Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki asing samun, rogol warga emas ditahan

today13 September 2024

Background


Wan Kamarul Azran Wan Yusof
Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata lelaki 25 tahun itu ditahan kira-kira 12.20 tengah hari tadi di Cyberjaya susulan laporan mangsa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang warga asing ditahan kerana disyaki menyamun dan merogol seorang wanita warga emas di sebuah pangsapuri di Cyberjaya.

Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusuf, berkata lelaki 25 tahun itu ditahan kira-kira 12.20 tengah hari tadi di Cyberjaya susulan laporan mangsa pada 12.18 pagi Jumaat.

“Turut dirampas barang milik pengadu (mangsa). Suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Sepang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, iaitu rogol serta samun.

Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 392 membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Pertembungan X-Perlis, X-Malaysia gamit memori

Kangar: Hujan yang melanda di awal perlawanan tidak menghalang sekitar 2,000 peminat bola sepak dari seluruh Perlis dan Kedah untuk menyaksikan barisan legenda era Liga Semi-Pro dan Liga Perdana sekitar 80an dan 90an itu beraksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, semalam.

today13 September 2024