JERTIH: Seorang lelaki autisme yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada Khamis, ditemukan lemas di anak Sungai Keluang Hilir, berhampiran Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Kampung Raja, pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Besut Md Sani Md Saleh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
“Mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok di anak sungai tersebut dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayatnya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata sebelum ini polis menerima laporan daripada ibu mangsa memaklumkan anak lelakinya keluar dari rumah di Taman Persiaran Limbongan iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa ditemukan.
Sementara itu, ibu…