Kebiasaannya, aktiviti ini lebih seronok jika dilakukan beramai-ramai bersama kawan atau keluarga. Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki berani hiking seorang diri di dalam hutan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nazihsopian di TikTok lelaki tersebut membaca zikir dan ayat ruqyah ketika memulakan aktivitinya.
Walau bagaimanapun, ketika dia sedang membaca ayat ruqyah itu, tiba-tiba kedengaran suara nenek tua seperti mengejeknya.