Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki bebas tuduhan tanam pokok kanabis di rumah

today27 August 2026

Background


Aszizi Ayub
Aszizi Ayub, 37, ilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan membenarkan pokok kanabis seberat 253.4 gram ditanam di sebuah rumah. (Gambar Bernama)
IPOH:

Seorang juruelektrik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan membenarkan pokok kanabis seberat 253.4 gram ditanam di sebuah rumah tiga tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Aszizi Ayub, 37, di akhir kes pendakwaan.

“Setelah menilai keterangan dikemukakan pihak pendakwa serta hujah daripada pihak pembelaan, mahkamah dengan ini mendapati pihak pendakwa gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan, lelaki itu didakwa membenarkan pokok kanabis seberat 253.4 gram dari mana kanabis itu boleh diperoleh secara langsung, ditanam oleh seseorang lain di dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post