Hot FM

Lelaki berjaya bida aset Sajat RM132,000



Proses bidaan dilakukan di kediaman Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebahagian barangan milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berjaya dibida seorang lelaki pada harga RM132,000 dalam satu proses lelongan di kediaman usahawan kosmetik itu.

Pembida itu akan mendapat set barangan di ruang dapur, ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas kediaman banglo dua tingkat terbabit, menurut laporan Berita Harian.

Proses lelongan yang turut disaksikan wartawan mendapati ia pada mulanya disertai lapan pembida namun berakhir dengan tiga pembida dengan enam kali bidaan sebelum harga RM132,000 diputuskan.

Buat masa ini, peguam masih lagi menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida itu.

Manakala, seorang wanita yang berhasrat membeli barangan milik Sajat pulang hampa selepas proses pendaftaran untuk bidaan ditutup.

Wanita hanya mahu dikenali sebagai Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version