Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki bersenjata pistol rompak kedai emas di Kota Damansara

today22 March 2025

Background


kedai emas dirompak
Suspek yang memakai topeng muka serta baju berhud dilaporkan mengacukan pistol ke arah pekerja kedai emas sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara dan melarikan sejumlah barang kemas pada 5 petang tadi.

Suspek yang memakai topeng muka serta baju berhud dilaporkan mengacukan pistol ke arah pekerja kedai emas sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta, lapor Bernama.

Semasa kejadian terdapat seorang pelanggan dan tiga pekerja di dalam premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

MESF sasar dua emas di Sukan Sea Thailand

Kuala Lumpur: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) menetapkan sasaran untuk membawa pulang dua pingat emas pada Sukan Sea Thailand 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini, menurut presidennya Muhammad Naim Al-Amin.

today22 March 2025