Bukti menunjukkan tertuduh memukul dan mendera mangsa yang berusia dua tahun di sebuah resort pada 2013.

PUTRAJAYA: Seorang bekas pemilik bengkel dihukum penjara 17 tahun kerana “membunuh tanpa niat” anak lelaki teman wanitanya yang berusia dua tahun kira-kira 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, hukuman penjara terhadap Hisham Mat Yunus bermula pada tarikh dia ditangkap iaitu 24 Jun 2013.
“Kamu bernasib baik kerana terlepas hukuman mati,” kata Hakim Kamaludin Said yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.
Hakim Hadhariah Syed Ismail dan Ahmad Zaidi Ibrahim turut menganggotai panel yang mendengar rayuan Hisyam atas sabitan membunuh.
Pada permulaan prosiding hari ini, peguam bela Hisyam Teh Poh Teik memberitahu panel rayuan bahawa Pejabat Peguam Negara memberi maklum balas positif terhadap representasi dikemukakan untuk menukar sabitan membunuh kepada…