Site icon Hot FM

Lelaki cedera ditembak ditahan berkait kes curi kenderaan


Polis berkata seorang wanita tempatan berusia 34 tahun yang ada bersama lelaki itu turut ditahan.

Polis berkata suspek yang mempunyai lapan rekod kesalahan curi kenderaan ditahan tengah hari semalam ketika mendapat rawatan di hospital.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan yang cedera dipercayai akibat terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri menggunakan kenderaan dicuri, ditahan polis di Hospital Betong, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri, dalam kenyataan hari ini berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan kira-kira 1 tengah hari ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.

Beliau berkata, seorang wanita tempatan berusia 34 tahun, yang ada bersama lelaki cedera di lengan kanan dan bahagian pinggang sebelah kanannya itu, turut ditahan.

“Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai lapan rekod kesalahan mencuri kenderaan, satu rekod kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan satu rekod kesalahan cubaan membunuh orang,” katanya.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version