Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki cuba langgar polis cedera ditembak

today24 April 2024

Background


Polis berkata suspek memandu kereta curi selain mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera ditembak polis selepas cuba merempuh seorang anggota ketika ditahan dalam kejadian dekat kawasan parkir taman perumahan di Kota Damansara, pagi tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar, berkata kejadian kira-kira 5 pagi itu berlaku ketika suspek cuba ditahan untuk pemeriksaan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, suspek diberikan amaran untuk menghentikan kenderaan namun terus memandu secara melulu.

“Suspek turut bertindak melanggar anggota polis bertugas sebelum satu das tembakan dilepaskan ke arah suspek yang menyebabkannya cedera di kepala.

“Suspek dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek memandu kereta curi yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Sungai Buloh.

“Dia juga didapati…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post