Menerusi video yang dimuat naik oleh @rusydi.official, lelaki berkenaan menyatakan niat murninya untuk mencuci sebanyak 30 surau sepanjang 30 hari di bulan Ramadan ini.
Menurutnya, dia tidak dibayar oleh mana-mana pihak dan dia menggunakan alatan sendiri saja untuk membersihkan kawasan surau.
Surau pertama yang dibersihkannya ialah di Petronas Bandar Baru Nilai. Difahamkan, dia mengambil masa lebih kurang dua jam untuk mencuci surau tersebut.