Selepas beberapa minit, dia akhirnya berjaya mempertahankan dirinya dan dibenarkan masuk untuk berlepas ke dalam negara tersebut tetapi dia perlu mengambil booster tambahan iaitu Pfizer.
Namun, dalam hatinya masih tertanya-tanya bolehkah sebenarnya dia mengambil dua jenis vaksin yang berlainan kerana risau akan keadaan dirinya. Dia akhirnya selesai mendapatkan suntikan vaksin tersebut dan berkongsi apakah kesan sampingannya.
Dia juga menjelaskan sebenarnya Arab Saudi bukanlah tidak menerima vaksin Sinovac tetapi mereka mempunyai syarat. Menurutnya Arab Saudi menerima vaksin jenis Pfizer, Johnson & Johnson dan Moderna. Difahamkan, selain daripada itu anda perlu mendapatkan booster.Â
Lihat video sambungan itu di bawah: