
Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki warga tempatan mendakwa dipukul oleh individu dipercayai anggota polis kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman M Kumar dalam kenyataan berkata, kertas siasatan kes didakwa berlaku di Banting bulan lepas itu diserahkan hari ini untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Dilaporkan semalam bahawa polis sedang menyiasat dakwaan berlakunya kejadian tu susulan menerima laporan daripada ibu mangsa pada 18 Nov.
Timbalan Ketua Polis Kuala Langat Sufian Amin berkata, wanita berusia 39 tahun itu mendakwa menerima satu rakaman CCTV memaparkan anaknya ditampar oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai polis.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: