Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah akaun TikTok @bro_wong berkongsi cerita seorang wanita yang baru membeli kereta terpakai.
Difahamkan, wanita itu telah membeli kenderaan terpakai berjenama Vios di sebuah kedai kereta terpakai. Namun, baru seminggu pakai keretanya sudah mula rosak.
Dia kemudian memanggil lelaki berkenaan untuk datang ke rumah dan memeriksa keadaan keretanya itu.
“Masalah I sekarang ni I dah beli kereta ini dah masuk 3 bulan and then I pakai seminggu saja lepas itu rosak. Ini saja transport yang I ada,” ujar wanita itu.
Lelaki itu kemudian meminta kertas pengiraan jumlah kereta daripada wanita tersebut dan terkejut melihatnya.
“Wah, banyak cas,” kata lelaki itu.
Malah, harga bulanan yang dibayar wanita berkenaan telah mencecah sehingga RM1,107.73.
Menurut lelaki tersebut, penjual kereta itu telah mengenakan cas yang mahal dan juga telah menipu wanita berkenaan dari segi interest.
Wanita itu ada menelefon dan menghantar mesej kepada penjual…