Hot FM

Lelaki didakwa ancam Zamri dibebas selepas 1 hari direman


kereta langgar motosikal
Tangkap layar dimuat naik Zamri Vinoth malam tadi papar dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan beberapa pejalan kaki dilihat mendekati kereta Jaguar sebelum pemandunya memecut meninggal lokasi.
GEORGE TOWN:

Polis membebaskan seorang lelaki yang sehari ditahan berkait dakwaan ugutan terhadap penceramah kontroversi, Zamri Vinoth.

Peguam V Parthipan, berkata seorang lagi lelaki berusia 27 tahun kini sedang membantu polis dalam siasatan.

Katanya, beliau telah menyerahkan lelaki berusia 27 tahun itu kepada polis hari ini, sambil menyatakan anak guamnya telah memfailkan laporan terhadap Zamri berhubung dakwaan penceramah itu dalam sebuah klip video bahawa dia cuba melanggar dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“Kami berharap pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan adil,” katanya.

Awal hari ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an ditahan di Bukit Mertajam susulan laporan dibuat Zamri. Dia ditahan bagi siasatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version