
MANJUNG: Seorang pengawal kelab hiburan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung atas pertuduhan membunuh isterinya dengan membakar mangsa hingga mati pada minggu lalu.
S Gabriel, 28, menggangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Kavitha.
Mengikut pertuduhan Gabriel dituduh menyebabkan kematian E Komathy, 33, di sebuah rumah di Ladang Waldbrook, Sitiawan pada 6.30 petang sehingga 7 malam, 10 Julai lepas.
Tiada pengakuan direkodkan kerana pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan, di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 18 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai, tertuduh mengaku bersalah atas…