
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menipu berhubung pembelian pesawat dan helikopter berjumlah lebih RM7 juta, enam tahun lalu.
Tertuduh Ismail Hassan, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan pertama, Ismail didakwa menipu seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun dengan memperdayakannya bahawa beliau hendak membeli milikan pegangan pesawat Cessna 650 Citation III (N95AZ) dan helikopter jenis EC120B (N120TX) dengan harga RM7,092,995.
Tertuduh telah menyerahkan dua cek bernilai RM1 juta dan RM6,092,995 kepada mangsa sedangkan beliau mengetahui bahawa kedua-duanya tidak boleh ditunaikan.
Ismail didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah…